Nuffnang

Friday, March 27, 2015

Germanwings: Juruterbang Terkunci Dari Luar Kokpit


Berdasarkan rakaman suara pesawat Germanwings yang dilaporkan terhempas dan berkecai di Banjaran Alps itu, salah seorang juruterbang terkunci dari luar kokpit sebelum kejadian yang meragut nyawa 150 orang penumpang termasuk anak kapal, kelmarin.

Lapor The New York Times yang memetik kenyataan seorang penyiasat berkata, rakaman audio yang diperolehi menunjukkan sebaik saja pesawat memulakan penerbangan, salah seorang daripada juruterbang telah meninggalkan kokpit. Bagaimanapun tidak dapat memasuki kokpit semula.

Difahamkan, juruterbang berkenaan pada mula cuba mengetuk dengan pelahan pintu kokpit sebelum mengetuk beberapa kali dengan ketukan yang lebih kuat.

"Ia berlarutan dan anda boleh mendengar juruterbang itu cuba memecahkan pintu kokpit, namun pintu tetap tidak dapat dibuka," katanya.

Pengarah Agensi Siasatan Penerbangan Perancis, Remi Jouty berkata, walaupun terdapat suara dan bunyi di kokpit, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. 

Data yang diambil daripada perakam suara pesawat Germanwings itu tidak dapat memberikan apa-apa petunjuk yang kukuh.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung