DHAKA - Lantang mengkritik agama Islam, seorang penulis blog maut ditetak sampai mati di ibu kota Bangladesh dalam serangan ganas terhadap penulis itu, kata seorang ketua polis.
Ketua Polis terbabit, Wahidul Islam menjelaskan, pihaknya telah menangkap dua lelaki yang disyaki melakukan pembunuhan itu yang berlaku beberapa minggu setelah seorang penulis blog AS juga turut maut akibat ditetak, juga di Dhaka.
Ahli keluarga mangsa sedih dengan kejadian yang berlaku
Penulis blog yang berasal dari Amerika itu merupakan seorang Atheist yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.
Mangsa, Washiqur Rahman, maut ditetak hingga mati oleh dua lelaki yang bersenjatakan dua bilah pisau pada jarak 460 meter dari kediamannya di kejiranan Begunbari.
2 suspek berjaya ditahan
Selepas kejadian itu, kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap.
Pihak polis masih belum pasti sama ada mangsa yang berusia 27 tahun itu juga seorang Atheist. Namun penulis blog yang mengenali mangsa berkata dia dikenali kerana lantang mengkritik Islam.
Mangsa menulis menggunakan nama pena Kutshit Hasher Chhana atau itik hodoh. - AFP
1 comment:
hmmm mengerikan,,,,Jelly Gamat Gold G treat naturally , without the side effects that harm the body.
Post a Comment