Nuffnang

Saturday, April 18, 2015

ABDUL RANI UGUT TUMBUK SESIAPA HINA & KRITIK NAJIB' - INFO



Nama Abdul Rani Kulup Abdullah, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) trending di laman Facebook ekoran dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pihak yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut kenyataan tersebut, Abdul Rani Kulup mengugut mahu menutup mereka yang berani menghina dan mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan kenyataan beliau dimuat naik di laman Facebook pada 9 April yang lalu seperti di bawah,

Salam jemaah2 Ayah///
Petang tadi Mydin telah mengaturkan petemuan ayah dgn Tun M dibalai raya..Ayah menasihatkan Tun jangan sesekali campur tangan dalam urusan Amirul Mukminin Dato Sri Najib Ibnu Razak..Barang siapa yang cuba mengkritik atau menghina Wali Melayu Dato Sri Najib jangan tanya kenapa penumbok ayah sampai dari belakang..Ayah dan juga ahli berbai'ah akan tetap setia menjunjung kasih kebawah pimpinan Wali Melayu Dato Sri Najib..Hidup Melayu

Kenyataan ugutan itu bagaimanapun dilabelkan sebagai cabaran dan tampil seorang individu bernama Kris Iskandar menyahut cabarannya.

Kris Iskandar yang mengelarkan dirinya 'Kris Iskandar Sik (tak) Kulup' menyahut cabarannya dan mahu menumbuk lelaki itu di depan pejabat Perdana Menteri. Dan kenyataan lelaki terbabit diwar-warkan di kebanyakkan page berasaskan negeri Sarawak yang menyatakan sokongan terhadap lelaki terbabit.

"Cabaran diterima. Orang Sarawak ini mahu tumbuk awak di depan pejabat perdana menteri,"

Akibatnya, ramai yang melemparkan kata-kata kesat dan kritikan terhadap Abdul Rani Kulup.

Bagaimanapun, kenyataan itu sebenarnya bukan dikeluarkan oleh Presiden MJMM. Sebaliknya dikeluarkan oleh pengendali laman Facebook 'Abdul Rani Kulup Fan' yang diwujudkan untuk tujuan membahankan Presiden MJMM. 

Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang mengeluarkan kenyataan itu telah mencemarkan imej Abdul Rani Kulup dan sekali gus menimbulkan persepsi yang negatif di kalangan rakyat Sarawak.

Entah berapa banyak pahala yang Abdul Rani Kulup dapat untuk dua tiga hari ini akibat dimaki tanpa usul periksa. 

6 comments:

Unknown said...

Orang gila...dan gila publisiti..abaikanlah

Dia gila...takkan kita pun nak ikut gila?

Malaysiabaru said...

Jumpa esok di Dataran Merdeka

1 to 1

Jgn lupa bwk mak nenek ko sekali

Supaya org tua ko boleh tengok saat ko menangis dan melutut sambil muntah muntah nanti

Anonymous said...

GERAKAN ETD Najib.aka Najib is not Irreplaceable.
Najib bukan kebal.
Sudah sampai masa untuk teruskan GETDN.(Gerakan Estimated Time of Departure Najib).
Cukup lah dengan lakonan lakonan pelakon pelakon tambahan.
KJ cukup lah dengan opportunis kamu.Orang OXON konon.
STOP KJ.
Cukup lah penjilat buah apel.
Destroy apple polishers.
OXON menyesal bagi KJ dapat ijazah OXON.
Najib is not irreplaceable.
He is Clueless.
TDM, You are not alone.
Rakyat tolak BN sebab ;
UMNO sudah jauh memyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan, warga bangsawan,upper class kasta, juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan .
Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan memingirkan rakyat luar bandar.
Getah RM1.93 tak dapat beli beras 5 %,Minyak subsidi 2.50, Ron 95, 1.95,gula 2.58. Mahu beli kapal terbang private jet.
Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai.Lambat.
1M.BR1M KR1M,Kain 1M,Buku 1M.Restoran Menu1M.
Endless possibilities dan 1000 macam slogan.Najib mekanik Tulin.
Endless festivals.
Nak bagi PRC VISA LESS agar Pelancung lain dapat hidangan cina dolls.
Boros pembelajawan, sanggup naik gaji AP atas dasar nak samakan dengan orang lain macam Singapork..
Mengutamakan kepentingan PRC, ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan,mengutamakan liberal kebaratan lebih orang putih dari orang putih.Najib-sapa kata dia jiwa rakyat ?Kalau hidup mewah ? Nak pakai kapal terbang baru, nak jumpa ketua negara ASEAN.PRC sudah gasak Malaysia punya pasir untuk buat hegemonony di pulau pulau batu karang.Depan mata kita, PRC nak menjadi neo imperialism,.Baik sangat Najib.
Pakatan Rakyat wajib menang pada PRU14 dan Pas akan meminpin kerajaan……
TDM You Are Not Alone.
#2 arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

Ale Utto.....bergambar dengan M.Nasir tapi kuar kat fb sebut Eman Manan.
kalau M.Nasir baca ayat tu mau dia berlari sat Sg buluh. Lu ok ke tak ok ayahanda kulup.

Nak jadi pemimpin ckp mesti betul dan nak beri sokongan pun mesti tau isinya.

ada ramai org PELIK macam ni tapi masih Waras

along7275 said...

Bodek aje lebih....
Tambahkan pendapatan sampingan klik link ini.....cuba free aje
http://myinvitepay.com/?ref=278253

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Apakah UMNO hanya dibela oleh golongan gila dan bodoh sahaja? Kalau dulu bomoh dan sekarang ni oleh orang yang gila publisiti. Adakah UMNO rela dijadikan bahan lawak? Semakin meruncing publisiti UMNO sekarang dengan terus menengahkan golong yang nampak janggal di mata orang ramai. Kesian sungguh....

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung