Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, May 7, 2015

Penentuan PRK PTG PAUH : Suasana meriah di ceramah mega Pakatan




Suasana di sekitar parlimen Permatang Pauh meriah pada malam terakhir sebelum tempoh berkempen tamat pada jam 12 malam ini.

Ribuan orang menghadiri ceramah mega Pakatan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Deretan gerai juga memeriahkan lagi Tapak Ekspo tempat ceramah mega itu berlangsung malam ini.

Antara penceramah malam ini ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Ketika berucap dihadapan kira-kira 1,000 orang, Rafizi merayu supaya seluruh pengundi Permatang Pauh mengundi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut ahli parlimen Pandan itu, seluruh pengundi Permatang Pauh memikul amanah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerusi itu kekal menjadi milik PKR.

"Saya minta keluar awal dan perhati segala pergerakan terutama pergerakan peti undi. Insya-Allah esok kita doa supaya Wan Azizah menang dengan majoriti besar daripada BN," kata Rafizi.

Ceramah Pentas Pemuda Pakatan di Pusat Khidmat DAP Taman Ciku turut menyaksikan kehadiran kira-kira 1,000 orang.

Malah, golongan muda turut tidak ketinggalan memeriahkan malam terakhir kempen dengan berkonvoi motosikal di sekitar parlimen Permatang Pauh dengan membawa bendera PKR dan BN.

Kumpulan konvoi motosikal itu membunyikan hon sambil mengibarkan bendera.

Esok merupakan hari penentu siapakah yang akan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh yang sebelum ini diwakili Anwar.

Calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini ialah Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

[Baca berita lanjut]

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung