Nuffnang

Wednesday, May 6, 2015

PRK Rompin : Rakyat telah beri isyarat, BN mesti ambil berat'

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi majoriti dan kekalahan di beberapa pusat daerah mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin.

"Rakyat telah memberi isyarat dan BN mesti mengambil berat," katanya dalam kenyataan malam tadi, selepas pengumuman mengenai kemenangan BN dalam PRK tersebut.

Calon BN,Datuk Hasan Arifin, 62, meraih 23,796 undi, menewaskan calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi. BN menang dengan majoriti 8,895 undi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaludin Jarjis. Dalam pilihan raya umum lalu, Jamaluddin mengalahkan calon PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Mengulas mengenai kejayaan mengekalkan kerusi tersebut, Muhyiddin berkata ia melambangkan kepercayaan dan keyakinan rakyat yang berterusan kepada BN sebagai parti yang membela mereka.

Muhyiddin yang juga pengarah utama PRK BN, juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus berkempen memastikan kemenangan calon BN.

Ini termasuk jentera BN di peringkat pusat, negeri dan bahagian serta negeri angkat dan bahagian angkat, katanya.

"Saya berharap agar Datuk Hasan akan meneruskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di Parlimen Rompin dan terus membangunkan Rompin," kata Muhyiddin.

BN, tegasnya, komited untuk melaksanakan segala akujanji yang dibuat semasa kempen PRK itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan tahniah kepada calon Hasan atas kejayaan BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin.

"Tahniah Datuk Hasan Arifin atas kemenangan di PRK Rompin. Hidup Barisan Nasional!," kata Najib yang juga Pengerusi BN dalam catatan di laman Twitternya.

Di akaun Facebooknya, Najib berkata walaupun majoriti kurang berbanding PRU-13 yang lalu, BN akan mengambil ini sebagai satu iltizam.

Beliau seterusnya melahirkan keyakinan bahawa Hasan akan berkhidmat dengan cemerlang untuk terus membawa kemajuan dan pembangunan di Rompin.

2 comments:

Ridd said...

Rakyat pun sudah tiada mood ingin ambil tahu pasal pilihraya. Rakyat tahu kekuatan BN yang glomour dengan "RASUAH" waktu2 akhir sebelum mengundi.

Kalau dilihat purata pengundi BN masih menang besar sebab peratusan pengundi menurun. Ditambah dengan perangai2 ahli2 PAS yg tiada hala tuju dalam kerjasama untuk menumpu sepenuh dalam piiharaya dan lebih banyak mengomel tentang masalah dalaman parti dan hudud.
Tidak kita terfikir kenapa umno tiba2 saja menyokong hudud?
Permatang pauh kalah atau menang pun rakyat tak ambil kisah atas sebab POLITIK PAS yang tidak ada pendirian soal kerjasama dlm PR untuk menumpukan sepenuh pada perkara yang penting.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung