Nuffnang

Friday, June 26, 2015

Dibunuh ketika hantar kad kahwin..Apa nak jadi ni ???

  • PDRM
 1 / 1 
SHAH ALAM - Polis mengesan dua individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes dua lelaki maut ditembak di Jalan Serdang Jaya 2/20, Seri Kembangan, Serdang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa. 
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .

“Kita masih meneruskan siasatan lanjut termasuk motif pembunuhan. Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, kedua-dua mangsa yang berusia 25 tahun itu dikenali sebagai A Shamnson dan A Rubban Avudayar ditembak di hadapan sebuah kedai kopi ketika mereka dalam perjalanan menghantar kad undangan perkahwinan salah seorang daripada mereka.

Mangsa yang menaiki sebuah motosikal dipercayai telah dihalang sebuah motosikal lain sebelum suspek melepaskan lima das tembakan ke arah mangsa

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung