PERBELANJAAN raya terpaksa dipotong dek kerana pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga minyak!
Ini bukan kisah sembang-sembang di kedai kopi sebagai penghibur halwa telinga, sebaliknya rungutan sebenar dari hati rakyat Malaysia.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Menurut penjawat awam, Siti Hasmah Ebaraham, 33, sebagai langkah berjimat cermat dia akan memakai semula baju raya tahun lepas termasuk memotong perbelanjaan raya yang lain.
"Saya terpaksa potong semua perbelanjaan untuk raya, dari segi pakaian dan belanja dapur... hanya memilih pakaian untuk anak-anak yang menawarkan diskaun, kalau berpatutan baru beli, kalau mahal tak beli.
"Saya mempunyai empat orang anak, dulu saya pakai ambil sahaja sebab tak ada GST, tapi sekarang saya tengok ekonomi dah teruk sikit, harga barang sudah meningkat jadi semua itu saya ambil kira.
"Baju raya pakai yang sebelum ini... Untuk jimat kos, hanya baju baru anak-anak itupun cuma baju untuk pergi jalan," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di pusat bela-belah Sogo di ibu negara hari ini.
Sementara ketika diaju mengenai bajet duit raya, Siti Hasmah berkata, pemberian duit raya sama sepertimana tahun lepas.
Seorang lagi penjawat awam, Siti Maizatul Habshah A.Malik, 28, dia juga turut berkira-kira untuk berbelanja pada hari raya kali ini.
Katanya, dia terpaksa berbelanja walaupun beban kewangan makin dirasai kini kerana baginya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali.
"Memang benar, tekanan ekonomi makin dirasai... kena berbelanja juga sebab hari raya, untuk anak-anak, namun belanja tidak semeriah sebelum inilah, sekadar cukup-cukup," katanya.
Menurut pekerja swasta, Adib Fakhrullah Azmi, 26, pula, untuk berjimat-cermat tahun ini, dia terpaksa mengenakan semula pakaian pengantinnya untuk menyambut Aidilfitri.
"Untuk tahun ini, saya akan pakai baju pengantin saya tahun lepas...sebabnya ekonomi sekarang makin menekan.
"Janji minyak tak naik, tetapi tetap naik, kita terpaksa menelan apa sahaja yang kerajaan lempar, pedih rasanya," katanya.
Bagi penjawat awam, Mohammad khairil Ashraf Mohd Khalid, 26, pula, persiapan raya tahun ini hanya untuk ibu bapanya sahaja.
"Saya hanya beli pakaian baharu untuk ibu dan ayah saya di kampung, dan saya hanya pakai baju Melayu tahun lepas.
"Dan saya simpan sikit duit raya untuk anak-anak buah saya di kampung, saya hanya berbelanja sederhana sahaja kerana tekanan ekonomi sekarang," katanya.
Ini hanyalah sebahagian kisah dan cabaran berbelanja anak kota menjelang Syawal. Di luar sana, kisahnya mungkin lebih dari ini.
No comments:
Post a Comment