KUALA LUMPUR - Seorang suspek kes bunuh juruaudit Malindo Air, Suraiza Hamzah, yang ditemui mati di kediamannya pada Isnin malam, ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata lelaki itu yang dipercayai saudara terdekat Suraiza, 46, ditahan oleh anggota peronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam selepas mangsa ditemui mati.

"Perintah tahanan reman telah diperoleh hari ini, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Menurutnya objek tumpul yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa juga ditemui hari ini dan dihantar ke Makmal Forensik untuk membantu siasatan.

Mayat Suraiza dijumpai di ruang tamu rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 7.30 malam oleh anak lelakinya berusia 17 tahun.  -Bernama