Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, September 23, 2015

'Polis Evo' Kutip RM2.5 Juta, Filem Paling Berpengaruh Di Media Sosial







Salah satu adegan lakonan Shaheizy Sam dalam 'Polis Evo'.
PETALING JAYA: Ketika kutipan filem menunjukkan penurunan, karya terbaharu lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak iaitu Polis Evo berjaya mengutip RM2.5 juta sejak ditayangkan pada 17 September lalu.

Astro Show dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, selain kutipan itu, Polis Evo juga berjaya memperoleh pengaruh di laman-laman sosial sehingga jumlah tontonan treler rasmi karya itu di YouTube telah mencecah hampir 1 juta tontonan.

Malah lagu tema berjudul Evo juga mendapat tempat di kalangan peminat muzik apabila hampir 700,000 pelayar mendengar lagu berentak “up beat” itu dalam tempoh kurang satu bulan selepas ia di muat naik di laman YouTube.

Kenyataan itu turut menyebut, Polis Evo memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila sekurang-kurangnya 10 ribu pengguna memperkatakan mengenainya sebelum ia ditayangkan.

Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam masih diminati sehingga berjaya menarik penonton ke pawagam bagi menyaksikan 'Polis Evo'.

Secara keseluruhan, Polis Evo berjaya mendapat lebih 34 juta pendedahan di media sosial selain menjadi trending di laman Twitter.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, filem berkenaan menjadi penanda aras baharu untuk filem tempatan apabila meraih kutipan luar biasa selepas empat hari ditayangkan.

Malah gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak juga dilihat turut menyumbang kepada kejayaan kutipan filem berkenaan.

“keputusan menggandingkan mereka merupakan tindakan yang tepat kerana kedua-dua mereka saling menyokong dan mengimbangi watak antara satu sama lain membuatkan penonton tidak bosan dengan karakter yang sama,” katanya.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

T
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung