Nuffnang

Sunday, November 1, 2015

SUBHANALLAH! ANJING SELAMATKAN BAYI BARU LAHIR YANG DIBUANG IBUNYA



JORDAN - Gambar seekor anjing menggonggong seorang bayi yang baru lahir ini tersebar meluas di laman sosial semalam. 

Kejadian yang berlaku di Jordan itu, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ini dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong dan terbiar tanpa sebarang pakaian atau barang keperluan dipercayai mahu membiarkan bayinya mati di rumah tersebut.

Bagaimanapun, mujur seekor anjing berwarna kuning ini menjumpai bayi berkenaan dan menggonggongnya keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.

Menurut sumber, bayi berkenaan yang masih bernyawa segera dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan. 

Netizen di media sosial pula tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung