Nuffnang

Sunday, November 29, 2015

Perghhh.. Pelanggan Minta Balik Wang Dari Tuan Kedai HP..Jadi Viral



KUALA LUMPUR - Rakaman video seorang jurujual telefon bimbit cuba menipu pelanggan, viral di media sosial. 

Difahamkan kejadian berlaku di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur, yang seringkali menerima aduan orang awam berkenaan penipuan yang diakukan oleh peniaga di kompleks itu. 

Berdasarkan rakaman video tersebut, mangsa penipuan mendakwa dia telah ditipu oleh jurujual itu yang mengatakan telefon iPhone yang dijual kepadanya adalah baru dan belum pernah digunakan.

Setuju pada urusniaga awal, mangsa membeli telefon jenama Apple itu dengan harga RM2,700 tunai. Namun, apabila pulang ke rumah, dia mendapati bahawa iPhone yang baru dibelinya itu telah digunakan selama 6 bulan berdasarkan pemeriksaan nombor waranti di laman Apple.

Berang ditipu oleh jurujual terbabit, mangsa kembali ke premis tersebut dan meminta wangnya dipulangkan. 

Terkejut dengan kehadiran mangsa, jurujual itu berpura-pura memeriksa iPhone itu untuk mengesahkan dakwaan mangsa. Selepas beberapa minit kemudian, jurujual itu cuba berunding dengan mangsa agar masalah dapat diselesaikan dengan tidak memulangkan wang RM2,700 milik mangsa.

"Semalam you cakap ini iPhone baru punya dan you jual sama saya RM2,700. Berapa kali sudah saya tanya sama you, ini handphone baru ke, AP set ke, atau secondhand? Sekarang ni kenapa you sudah tipu sama saya? You tengok waranti dia sudah berapa lama? You tak payah tipu sama saya la!" kata mangsa. 

Bagaimanapun, mangsa enggan menerima sebarang tawaran dari jurujual terbabit dan mendesak wangnya dikembalikan. 

Mungkin mengetahui dirinya dirakam dan enggan bimbang dengan kejadian 'Low Yat' berulang, jurujual itu akur dan memulangkan wang mangsa. 

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila membeli sebarang jenama telefon bimbit di kiosk-kiosk telefon bimbit di pusat beli belah kerana bimbang penipuan sebegini berulang kembali. 



Untuk mengelakkan masalah seperti ini, belilah di premis penjual yang berdaftar sahaja meskipun harganya agak mahal sedikit, namun berbaloi dan selamat dari menjadi mangsa penipuan peniaga yang tidak bertanggungjawab. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung