KECOH di media sosial apabila video Wayne Rooney, menampar bintang World Wrestling Entertainment (WWE) di hadapan ribuan penonton di Manchester Arena pada Isnin malam lalu sehingga menjadi viral.
Penyerang Manchester United itu dilaporkan hadir menyaksikan pertunjukan profesional WWE bersama penolong pengurus kelab, Ryan Giggs serta bekas rakan sepasukan yang kini beraksi di Bromwich Albion, Darren Fletcher dan anak lelakinya, Kai,6.
Kejadian itu dilaporkan bermula apabila , ahli gusti kelahiran Manchester, Wade Behemoth Barrett cuba memalukan Rooney melalui pembesar suara.
"Di atas gelanggang ini ada dua lelaki yang mudah digambarkan sebagai bahan kejuaraan. Yang mana, sudah tentu, boleh dikatakan ia adalah Wayne Rooney dan Manchester United," katanya dalam nada menyindir.
Dalam pada itu, Barret juga menghina anak sulung Roonye, Kai dengan mengherdik kata-kata 'panas' buat Kai.
“Saya benci melihat anak kamu duduk di situ dan menonton kegagalan bapa sendiri. Jelasnya kerana, dia akan mendapat pengalaman setiap kali kamu masuk ke padang," jerit Barret.
Kata-kata tersebut membuat Rooney bangkit dan menghampiri Barret lantas mengambil tindakan menamparnya.
Keadaan menjadi kecoh sebentar apabila para penonton yang hadir melaungkan nama Rooney berulang-ulang sambil tepukan gemuruh di Manchester Arena itu.
Namun ternyata, adegan itu adalah sebahagian daripada lakonan profesional ahli gusti yang sudah dirancang dan Rooney memainkan peranannya dengan baik.
Menurut pihak WWE, Rooney mempunyai semangat yang baik dan sikap terbuka dengan bersetuju mengambil bahagian dalam adegan bersama Wade Barrett.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
No comments:
Post a Comment