Nuffnang

Tuesday, December 29, 2015

Gurau Pesawat MH370 Ditemui, Pelakon Janna Nick Mohon Maaf..







Gurau Pesawat MH370 Ditemui, Pelakon Janna Nick Mohon Maaf

Janna Nick sedia terima teguran untuk memperbaiki diri. Foto diambil daripada Instagram milik Janna.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon baharu Janna Nick menyifatkan perbuatannya memuat naik status bertujuan untuk bergurau pada Sabtu lalu mengenai nahas pesawat MH 370 merupakan satu kesilapan besar dan memohon maaf mengenai perkara itu.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 20, berkata, dia tidak berniat untuk mengecilkan hati mana-mana pihak dan pada masa sama tidak sangka status berkenaan menjadi viral sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak.

"Asalnya saya sedang menonton filem Hindustan iaitu Dilwale. Kemudian saya mengambil gambar sebuah kapal terbang kosong menerusi salah satu babak filem tersebut dan terus memuat naik di Twitter kerana menganggap perkara itu lawak.

"Selepas selesai menonton, saya tengok semula Twitter, dan mendapat kritikan teruk daripada ramai orang. Dan saya terus memadamkan gambar tersebut.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung