Nuffnang

Wednesday, January 27, 2016

BETUL KE STRESS KAHWIN DENGAN JURURAWAT!'


Gara-gara tidak tahan dengan isteri yang sibuk bekerja, lelaki ini sudah terniat untuk berkahwin lagi. Bagaimanapun, dia meminta pendapat seorang wanita yang juga rakan isterinya sendiri.

Difahamkan, kesibukan isterinya sebagai jururawat yang bekerja mengikut syif membuatkan lelaki itu terasa dirinya terabai dari segi batin. 

Sebagai jalan penyelesaian, dia memilih untuk berkahwin lagi, namun dia sebenarnya lebih rela jika dia menceraikan sahaja isterinya kerana enggan menggalas tanggungjawab yang berbelah bagi.

Husband Mas: Salam beb, aku nak minta pendapat kau ni.

Eiyra: Wasalam, kenapa? 

Husband Mas: Macam ni Eiyra, aku ingat aku nak kahwin lagi satu lah. Tetapi aku rasa better aku cerai kot. Bukan nak tambah satu lagi.

Eiyra: Ehh kau jangan buat lawak! Mas itu kawan aku! Apa masalahnya ni? Mas ada lelaki lain ke? Ke kau yang gatal nak berbini dua?

Husband Mas: Aku bosan sebenarnya. Kau faham kan? Dia kan kerja syif macam kau. Tak ada masa untuk aku. Busy je memanjang. Balik kerja, dah penat, tidur.

Eiyra: Inilah risiko menikah dengan staff jururawat. Kau kena faham situasi dia. Dia tak pernah cuti ke? Tak pernah masak? Tak pernah jaga anak? Jangan main gile beb. Auni (anak mereka) camne nanti?

Husband Mas: Dia buat semua tu. Masak sedap, pandai buat kek, pandai jaga anak, rumah sentiasa kemas. Tapi dia busy sangat. Nak ajak keluar malam pun dia cakap esok kerja pagi. Penat. Nak ajak tengok wayang pun tak ada masa. Bila cuti, sibuk nak jaga anak. Aku stress, tu yang aku carik perempuan baru ni. Budak ini tak kerja, duduk di rumah je. Aku kenal pun kat GSC. Cantik, selalu temankan aku makan, tengok wayang. Aku bahagian dengan dia. Sebab itu aku tanya pendapat kau, nak kahwin lagi satu atau cerai dengan dengan bini aku, kahwin lain. 

Eiyra: Okay, apa kata kau suruh bini kau berhenti kerja dan layan kau 24 jam. Confirm dia ada masa untuk kau.

Husband Mas: Ish kau gile? Rumah dengan kereta siapa nak bayar nanti? Gaji aku mana cukup.

Eiyra: Owh okay. Nak tahu apa jawapan aku untuk soalan kau??

Husband Mas: Kau mesti kata aku boleh kahwin lain kan?? (senyum).

Eiyra: Tak, aku nak kata kau bodoh! Bini kau pula tanggung rumah dan kereta kau. Lepas itu kau nak betina lain pula. Lelaki macam kau ni patut kena tembak je. Bengong! Aku tak nak jawab soalan kau. Tak mampu, buat cara tak mampu bro. Bincang elok-elok. Suruh dia minta pindah ke klinik ke. Bukan 24 jam busy. Aku pun nurse, tapi pandailah curi masa pergi bercuti dan tengok wayang. Kau yang tak pandai berbincang. Bengong!



Bagaimanapun, perbualan SMS di antara Eiyra dengan suami kepada Mas ini menimbulkan keraguan netizen berikutan gaya penulisan mesej itu dilihat sama dan mungkin sengaja direkayasa bagi menyedapkan cerita. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung