KEFLIK - ICELAND. Misteri menyelubungi penerbangan AA109 milik American Airlines apabila seorang demi seorang penumpang jatuh sakit dan pengsan, semalam.
Menurut laporan New Zealand Herald, seorang kru penerbangan dan lima penumpang pengsan semasa penerbangan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Keadaan tersebut menyebabkan pesawat Boeng 777-300 tersebut terpaksa berpatah balik ke Iceland dan kapten pesawat mengisytiharkan 'kecemasan'.
Beberapa trak bomba dan petugas perubatan kemudian menyambut pesawat tersebut di lapangan terbang Heathrow manakala beberapa barangan milik penumpang dirampas untuk pemeriksaan.
Beberapa penumpang lain dilarang keras dari keluar dari pesawat sementara petugas paramedik melakukan pemeriksaan di dalam pesawat.
Sehingga kini, sejumlah enam kru pesawat dan dua penumpang dikenal pasti pengsan dan jatuh sakit.
Sementara itu, American Airlines gagal memberikan sebarang komen berkenaan kejadian berkenaan dan menyuruh orang awam dan media menunggu laporan paramedik.
Pesawat tersebut membawa 13 anak kapal semasa kejadian dan jumlah penumpang gagal dipastikan.
No comments:
Post a Comment