BUCHAREST - ROMANIA . Seorang ibu sanggup bertindak kejam dengan mendera bayi perempuannya secara seksual dan memuatnaik aksi perbuatannya itu ke sebuah laman web.
Memetik laporan Metro.co.uk, ibu kepada dua anak itu melakukan perbuatan tersebut demi mendapatkan habuan hampir £10,000 (RM 59,012.18).
Wanita tersebut akhirnya ditahan di Romania setelah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) membocorkan maklumat tentang kegiatan wanita tersebut.
Ketika ditahan, wanita terbabit memberitahu bahawa bayinya yang berusia 11 bulan itu tidak akan terkesan dari segi mental kerana bayi itu masih kecil.
“Saya terlibat dengan dunia ini ketika saya masih mengandung dan selepas saya melahirkan anak saya, saya buat keputusan untuk libatkan dia dalam dunia saya.
“Ada klien saya yang meminta saya untuk melakukan ‘sesuatu’ kepada bayi saya dan mereka sanggup bayar dengan harga yang tinggi,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal berkenaan.
Difahamkan, pihak berkuasa Amerika Syarikat menemui bukti kukuh yang mengaitkan kesalahan wanita terbabit apabila menyiasat seorang lagi individu, Brandon Gresette atas dakwaan eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak.
Wanita berkenaan bergerak aktif di sebuah laman web dengan menggunakan nama samaran dan dipercayai pernah menerima sejumlah transaksi wang daripada Gresette

No comments:
Post a Comment