Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, February 26, 2016

Bayi Lelaki Ditikam Lebih 12 Kali Masih Hidup


Kakitangan di Hospital Khon Kaen sedang memantau seorang bayi lelaki yang mengalami keadaan kritikal selepas ditemui dengan lebih 12 kesan tikaman dan ditinggalkan di dalam sebuah lubang.

BANGKOK: Polis Thailand sedang memburu pasangan kekasih kepada seorang bayi yang terselamat selepas ditikam beberapa kali dan ditanam hidup-hidup.






Bayi lelaki itu yang mempunyai lebih 12 kesan tikaman ditemui dalam sebuah lubang yang ditutupi dengan daun kering oleh seorang petani wanita di wilayah timur laut, Khon Kaen.
Wanita itu terdengar suara tangisan bayi tersebut semasa sedang memberi lembunya makan di sebuah ladang pada Selasa, lapor media tempatan.
"Kami mengerahkan polis untuk menjejaki suspek," kata pegawai polis, Nopporn Rithnual.
Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di wilayah tersebut.
Polis masih belum mengenal pasti motif insiden tersebut.
Namun difahamkan kes pengguguran haram adalah menjadi perkara biasa di Thailand, sebuah negara yang mempunyai kadar kehamilan luar nikah di kalangan remaja tertinggi di rantau ini.

Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung