Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, February 25, 2016

Dakwaan Fitnah: Dr Mahathir Mahu Jawab Di Mahkamah .



  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Polis merakam percakapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya, CheDetpada 5 Feb lepas yang didakwa berunsur fitnah.

Sesi rakaman membabitkan tiga pegawai polis di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini selama setengah jam bermula 3 petang tadi.

Pagi tadi, Ketua Polis Negera Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis akan merakam keterangan Dr Mahathir untuk siasatan berikutan beberapa laporan polis terhadapnya.

Dr Mahathir semasa ditanya pemberita selepas percakapannya dirakamkan berkata beliau tidak menjawab secara spesifik soalan yang dikemukakan pegawai yang mengambil keterangan, khususnya berkenaan tulisan di blognya yang berjudul 'AG to AG' kerana mahu menjawabnya di mahkamah sekiranya beliau didakwa.

Beliau berkata pihak polis telah menyoalnya sebanyak 30 soalan dan "kebanyakannya berkenaan artikel tersebut tetapi saya hanya menjawab secara lengkap pertanyaan seperti bila saya mula menulis blog."

Dr Mahathir, yang ditemani lima orang peguam semasa rakaman percakapan itu berkata beliau dimaklumkan kes itu dibuka selepas seseorang dari Kelantan membuat laporan berkaitan artikel tersebut.

Katanya, polis juga tidak memberi indikasi sama ada beliau akan didakwa di mahkamah.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung