Nuffnang

Wednesday, March 23, 2016

Pelanggan Beratur 3 Jam Suntik Semangat Tauke Burger Bakar Kaw Kaw







Nini Haznita Muhammad menunjukkan salah satu hidangan di restoran Burger Bakar Kaw Kaw.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Bisnes makanan yang diusahakan wanita muda ini pernah mencetuskan fenomena beberapa tahun lalu apabila ramai pelanggan sanggup beratur sehingga tiga jam hanya untuk menikmati burger di sebuah gerai yang beroperasi di tepi jalan.
Ada pelanggan sanggup membeli sebanyak 25 keping daging untuk sebiji burger. Itu belum lagi yang sanggup membeli sebiji burger pada harga mencecah RM150.
Nini Haznita Muhammad, 29, yang merupakan pengasas Burger Bakar Kaw Kaw kini melihat transformasi perniagaannya yang mula bertapak di tepi jalan di Wangsa Maju pada Februari 2012 dan kini telah mempunyai premis komersial di pusat membeli-belah.
Usahawan yang lebih mesra dengan panggilan Nita berkata, Burger Bakar Kaw Kaw merupakan perintis kepada burger bakar yang semakin banyak di negara ini.

ADVERTISEMENT
“Kami lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Fenomena pelanggan yang sanggup beratur sehingga tiga jam hanya untuk mendapatkan Burger Bakar Kaw Kaw memberi semangat kepada saya untuk terus maju.
"Saya banyak belajar prosedur operasi standard (SOP), yang membantu dalam mengekalkan kualiti produk. Kualiti adalah jaminan utama kami kepada pelanggan,” katanya kepada mStar Online
Nini Haznita Muhammad disenaraikan dalam pencalonan awal untuk kategori Ikon Niaga Pilihan Online bagi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Senario pelanggan sanggup beratur sehingga tiga jam untuk membeli Burger Bakar Kaw Kaw pernah menjadi fenomena beberapa tahun lalu.
Setakat ini Burger Bakar Kaw Kaw mempunyai tujuh cawangan termasuk lima di Lembah Klang, masing-masing satu di Perak dan Singapura. 
Selain restoran dan kiosk, kata Nita, konsep perkhidmatan turut dipelbagaikan kepada kiosk pintar dan ‘fine dining’, serta membariskan lebih 60 hidangan termasuk 15 jenis burger bakar.
Menurut Nita, sebagai usahawan, beliau turut berdepan dengan cabaran di mana dahulu setiap tempahan mengambil masa sehingga 25 minit tetapi kini dapat diatasi apabila dipendekkan kepada lima minit.
“Cabaran kami sekarang ialah pengembangan perniagaan. Tetapi Alhamdulillah, bisnes Burger Bakar Kaw Kaw mendapat sambutan memberangsangkan dalam dan luar negara.
“Kami kini mendapat tawaran untuk mengembangkan pasaran di Australia. InsyaAllah ia akan menjadi pasaran antarabangsa seterusnya selepas Singapura,” ujar Nita yang mempunyai lebih 60 pekerja. 

Premis Burger Bakar Kaw Kaw di pusat membeli-belah Quilt City Mall di Kuala Lumpur. Foto www.tripadvisor.com.my
Berdasarkan rekod setakat ini, saingan begitu sengit dalam kategori Ikon Muda Pilihan Online APO2016.
Jadi, kepada semua yang menggemari Burger Bakar Kaw Kaw dan mengagumi pencapaian Nita sebagai seorang usahawan, segera membuat pencalonan bagi melayakkannya ke lima teratas.

Pengundian awal untuk mencari lima pencalonan utama bagi setiap kategori dibuka sehingga 30 Mac ini sebelum ke fasa seterusnya iaitu mengundi untuk memilih pemenang mulai 1 April ini.

Pencalonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi laman web http://apo.mstar.com.my

APO2016 yang bertemakan Glam Digital bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.

Acara ini dijayakan bersama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars selaku penaja rasmi.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung