KUALA LUMPUR - "Sesiapa juga di dalam negara mmpunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan yang sah," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim ketika mengulas dakwaan satu laman portal tempatan melaporkan anak kedua Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Juwiza Khalid, 32, mempunyai sebuah syarikat senjata di Kuala Lumpur.

Menurutnya, apa yang penting apa juga pekerjaan yang dijalankan mesti mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Sesiapa saja yang hendak melakukan perniagaan perlu ikut peraturan. Jika ikut peraturan, tiada isu di situ," katanya dalam sidang media di Pulapol selepas selesai upacara perbarisan tamat latihan kursus asas Kadet Inspektor siri 3/2015, hari ini.

Katanya, polis akan meneliti laporan portal berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Laporan portal itu juga mendakwa orang awam boleh membeli senjata dan mendapat permit dengan mudah melalui syarikat berkenaan.

Dalam perkembangan lain, polis menasihatkan ibu bapa untuk memantau tingkah laku anak mereka sekiranya terlibat dalam kegiatan keganasan atau militan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang terlibat dalam apa juga kegiatan militan amat ditentang dan polis sentiasa meningkatkan pemantauan ke atas mereka ini dengan pelaksanaan kempen dan sebagainya.

"Kita turut mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa individu yang disyaki berpotensi untuk terlibat dalam kumpulan militan. Dengan ini, polis menjanjikan akan mengetatkan pemantauan ke atas kumpulan-kumpulan ini.

"Dan, kita nasihatkan ibu bapa untuk menghubngi polis sekiranya mereka mengesyaki anak mereka, saudara, jika terlibat untuk kami jalankan tindakan bagi memulihkan mereka ini," katanya.

Baru-baru ini, seramai 46 orang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan IS dikesan masih berada di Syria. Mereka adalah antara 73 orang rakyat negara ini yang dikenal pasti menyertai kumpulan militan itu.

PDRM mendedahkan, daripada jumlah itu, seramai 19 orang didapati terbunuh di Syria atau Iraq manakala lapan orang lagi sudah pulang ke tanah a