Nuffnang

Friday, April 22, 2016

Perghhh...Termakan Kepala, Kaki Lipas Pekerja TH Terima Ganti Rugi RM67,000



SHAH ALAM:  Seorang pegawai khidmat pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) melalui pengalaman menjijikkan apabila termakan bahagian kepaladan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya ketika dirawat di sebuah hospital swasta di sini, Mei tahun lepas.

Kesan daripada insiden itu, Wan Hailmey Mahrawi, 38, mengalami loya,muntah-muntah, sakit perut dan demam panas.

Bagaimanapun, nasib beliau terbela apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis memerintahkan Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd, pemilik KPJ Selangor Specialist Hospital (KPJ Selangor) membayar ganti rugi RM67,000 selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Wan Hailmey terhadap syarikat itu pada Ogos tahun lepas.

Dalam keputusan ringkasnya, Hakim G.Ramesh berkata Wan Hailmey selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan justeru tuntutan beliau dibenarkan dengan kos.

Ramesh memerintahkan Wan Hailmey dibayar pampasan sebanyak RM7,000 bagi ganti rugi am untuk sakit perut dengan cirit birit selama lima hari dan RM60,000 bagi ganti rugi teladan.

Keputusan Ramesh dibacakan Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir kerana Hakim Ramesh yang mendengar kes itu telah bertukar ke mahkamah Petaling Jaya.

Turut hadir peguam Hazizah Kassim yang mewakili plaintif dan peguam Rodzeka Kamdari dan Aziana Abu Bakar yang mewakili defendan.

Bagaimanapun, WanHailmey tidak hadir.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif berkata pada 18 Mei tahun lepas, beliau dimasukkan ke KPJ Selangor selama lima hari untuk mendapatkan rawatan kerana masalah cakera teranjak di bahagian tulang belakang yang dialami sejak 2006.

Wan Haimey mendakwa pada 20 Mei, beliau telah disediakan hidangan makanan tengah hari iaitu nasi putih, ikan masak asam pedas serta sayur dan ketika menikmati makanan itu, plaintif mendapati sayur itu mengandungi seekor lipas dan beliau termakan bahagian kepala serta kaki lipas berkenaan.

Sejurus itu, katanya, beliau memanggil beberapa jururawat yang berada di dalam wad untuk menunjukkan lipas itu dan ada di antara jururawat itu mengambil gambar lipas berkenaan.

Keesokannya (21 Mei), plaintif berkata beberapa pegawai defendan termasuk pengurus operasi, ketua jururawat, chef serta dua individu lain datang berjumpa dengan beliau di wad berkenaan insiden itu.

Menurutnya selepas insiden itu, beliau mengalami muntah-muntah, loya, sakit perut, demam panas, hilang selera makan serta trauma untuk makan nasi dan insiden itu juga memberi kesan buruk kepadanya dari segi fizikal dan mental.

Beliau mendakwa defendan selaku pemilik KPJ Selangor gagal dan/atau cuai untuk memastikan makanan yang disediakan kepadanya selamat dan/atau bersih daripada serangga perosak.

Pada 1 Jun, plaintif membuat aduan berkenaan insiden itu kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan.

Wan Hailmey berkata pada 2 Jun, beliau melalui peguamnya memberi notis tuntutan kepada defendan untuk satu ganti rugi, namun, defendan didakwa telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk memenuhi tuntutan di dalam notis tuntutan itu.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi kesakitan yang dialaminya setelah memakan makanan mengandungi lipas itu, ganti rugi teladan, faedah enam peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos tindakan dan reliflain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.-Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung