Nuffnang

Tuesday, June 7, 2016

Perghh !!! Budak Tiga Tahun Cedera Kemaluan Tersepit Eskalator



  
BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian           kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya di sini, Isnin malam.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasir Wahab berkata, dalam kejadian       pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan.
Katanya, semasa kejadian kanak-kanak tersebut bersama ayahnya sedang menaiki            eskalator berkenaan untuk ke bahagian permainan yang terletak di di aras tiga premis berkenaan. 
"Sepasukan lapan anggota bomba dari balai Bagan Serai bergegas ke tempat kejadian           sebaik menerima panggilan daripada kakitangan pasar raya berkenaan.
"Sebaik sampai, eskalator berkenaan telah diberhentikan oleh pihak pengurusan tetapi   kanak-kanak itu masih duduk di tangga kerana seluarnya tersepit," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut, beliau operasi menyelamatkan kanak-kanak itu tamat pada pukul 8.50 malam dan  mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. - Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung