Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, June 9, 2016

PErghhh ..'Bukan Rakyat Yang Bayar Gaji Saya'






KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang mengatakan
 bahawa gajinya bukan dibayar oleh rakyat tetapi dari kerajaan, mencetuskan pelbagai reaksi
 di media sosial.

"Gaji wakil rakyat bukan rakyat yang bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukanlah duit 
rakyat.

"Sekali duit terlepas ke pihak lain, ianya bukan lagi duit kita. Kalau duit kerajaan (adalah) duit rakyat, 
maka marilah kita beramai-ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita,"
katanya melalui laman Facebook rasminya. 

Difahamkan, Nawawi berkata demikian dalam perdebatannya mengenai cukai dengan
 segelintir netizen yang mengingatkan beliau bahawa gajinya dibayar oleh rakyat. 

Ekoran itu, komen 'panas' Ahli Parlimen Langkawi itu telah tersebar meluas di media sosial. 

Di media sosial, netizen menyifatkan kenyataan Nawawi itu lupa diri dan terlalu mendabik 
dada apabila sudah menjadi wakil rakyat. 

Enggan beralah, Nawawi tampil menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik 
kenyataan itu meskipun telah dinasihatkan oleh rakannya. 

"Nak tarik buat apa? Kerana bukan saya yang buat komen untuk semua rakyat. Saya
 hanya komen berhujah dengan seorang rakan Facebook. 

"Yang mereka jahat pergi copy and paste pergaduhan kami berdua untuk sebaran umum 
tanpa kelulusan itu buat apa? Mereka yang sepatutnya tarik balik kenyataan itu dari media," tegasnya.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung