Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, August 14, 2016

DAHSYATT ...Hanya Kerana Terkencing Dalam Seluar, Cikgu Cucuk Kemaluan Anak Saya'





Foto dari netizen

TAWAU - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun dipercayai didera seorang guru perempuan di sebuah tadika, lapor New Sabah Times, semalam. 

Ibu mangsa, 35, hanya menyedari kejadian itu ketika mengambil anaknya pulang dari tadika berkenaan pada jam 4.30 petang, Isnin lalu. 

Mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya dan apabila diperiksa, terdapat tompokan darah di seluar dalam anaknya. 

"Anak saya kata cikgunya telah menyucuk kemaluannya dengan jari telunjuk kerana dia terkencing dalam seluar. Saya terkejut dan terus bawa anak buat pemeriksaan di hospital," katanya. 

Satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada Selesa, jam 11 pagi selepas dinasihatkan oleh pihak hospital dan mahu guru terbabit dikenakan tindakan undang-undang. 

"Sekarang, saya menyerahkan perkara ini kepadap olis untuk mengambil tindakan lanjut. Saya tidak mahu perkara yang sama berlaku pada orang lain.

"Bukan sahaja anak trauma, malah saya sendiri trauma bila mengenangkan kesakitan yang ditanggung oleh anak kedua saya ini. Saya terkilan sebab anak saya asyik mengulangi dia meminta tolong dengan saya tetapi saya tidak datang menolongnya. Hati siapa yang tidak sayu bila anak sendiri yang berkata begitu," katanya.

Difahamkan, mangsa telah dihantar ke tadika berkenaan semenjak bulan Mac lalu bersama seorang lagi adik lelakinya yang berusia dua tahun. 

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya telah menahan seorang suspek. -
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung