Nuffnang

Monday, August 15, 2016

Gajah dengan gading terbalik ditemui di Sabah

Gajah dengan gading terbalik ditemui di Sabah
Gajah dengan gading terbalik ditemui di Sabah
Kajian akan dilakukan untuk menentukan punca gading gajah itu terbalik.
SABAH:  Sekumpulan penyelidik haiwan liar menemui seekor gajah dengan gading terbalik di sebuah ladang kelapa sawit di sini, Khamis lalu.

Unit Penyelamat Haiwan Liar dari Jabatan Haiwan Liar Sabah menerima beberapa laporan mengenai tiga ekor gajah di ladang itu yang perlu dipindahkan.

Salah seekor daripadanya mempunyai gading menghala ke bawah, tidak seperti kebiasaannya.

Spesis yang jarang ditemui itu kini ditempatkan di Pusat Perlindungan Gajah Borneo sementara menanti penempatan yang sesuai dan selamat untuknya.

Dr. Sen Nathan, Penolong Pengarah Jabatan Haiwan Liar Sabah berkata kajian akan dijalankan untuk mengetahui punca yang menyebabkan gading gajah itu terbalik.

Nathan menambah, terdapat seekor lagi gajah yang memiliki gading sedemikian dan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di Sabah.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung