VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak yang digigit seekor unta pada pada
bahagian tangan di sebuah taman safari menerima ganti rugi sebanyak AS$155,000 (RM623,944.75).
Menurut laporan Inside Edition, Madison Holland, 11, terpaksa dirawat selama tiga hari selepas
digigit unta milik Taman Safari Viriginia pada Mei 2015.
Menurut peguam Madison, mangsa sedang menaiki kenderaan pelancong ketika kejadian dan
tidak cuba untuk memberi makanan kepada unta terbabit.
Ganti rugi terbabit menjelaskan Madison akan menerima AS$10,000 dari taman safari berkenaan
apabila usia beliau menginjak 18 tahun.
Madison kemudian akan diberikan AS$1,000 selama 14 tahun selepas beliau berusia 21 tahun.
Sebanyak AS$40,000 pula akan digunakan untuk menampung bil perubatan dan bayaran guaman.