BAGAIKAN kisah cinta tragik merpati sejoli, Romeo dan Juliet, sepasang kekasih yang yang
 melakukan aksi motorsikal merbahaya akhirnya menemui kemalangan bersama-sama.
Kejadian tersebut yang dirakam dan dimuatnaik di Facebook pada 29 Ogos lepas menjadi viral
 selepas orang ramai mempertikaikan kesahihan rakaman berkenaan.
Dalam sebuah rakaman, seorang wanita melakukan aksi 'wheelie' menggunakan sebuah skuter
sambil dibonceng oleh seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya.
Aksi tersebut berterusan selama beberapa saat sebelum disambung oleh sebuah lagi video.
Video kedua menunjukkan pasangan kekasih tersebut mengalami kemalangan dengan
pembonceng lelaki terbaring tidak sedarkan diri.
Penunggang wanita pula mengerang kesakitan sambil kakinya bengkok di bahagian paha,
 dipercayai patah.
Pelayar laman sosial bagaimanapun mempertikaikan kesahihan video berkenaan kerana
 pakaian yang dipakai oleh pasangan kekasih tersebut berbeza dalam kedua-dua video.
Sehingga kini, lebih 5 juta pelayar sudah menonton video-video berkenaan.