Nuffnang

Thursday, October 13, 2016

Perghhh :: Populariti 'Nasi Lemak Anak Dara' mencanak naik di media sosial


  • Populariti 'Nasi Lemak Anak Dara' mencanak naik di media sosial dek kerana wajah ayu jelita pemiliknya, Siti Hajjar Ahmad

    • Siti Hajjar yang membuka gerai 'Nasi Lemak Anak Dara' di kawasan perumahan Seksyen 7 Shah Alam ini semakin mendapat perhatian orang ramai. Sejak memulakan perniagaan kecil-kecilan ini September lalu, gerainya tidak pernah lekang dengan pengunjung.

      Dek kerana wajahnya yang ayu dan comel, ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membeli dan merasai sendiri keenakan nasi lemak buatan air tangan Hajjar. Menurut feedback daripada orang ramai, Nasi Lemak Anak Dara ini khabarnya memang enak!
       says.com
  • Perniagaan Siti Hajjar ini begitu popular sehingga mendapat kunjungan dari Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali minggu lalu

    • Susulan viral di media sosial, Siti Hajjar Ahmad disaman penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tiada lesen penjaja. Beliau dikenakan kompaun sebenyak RM2,000.

      Bukan tidak mahu memohon lesen, Siti Hajjar menegaskan dia perlu mengumpul duit untuk urusan tertentu dahulu yang lebih penting.
       says.com
      • Pihak MBSA hadir ke gerai Siti Hajjar bagi memeriksa lesen perniagaan.
    • Tanpa disangka-sangka, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kemudian datang ke gerai Siti Hajjar bagi menyerahkan borang permohonan lesen penjaja kerana kecekalannya mencari rezeki.

      Azmin menyerahkan borang itu sebagai langkah permulaan kepada anak muda itu dan beberapa peniaga lain di lokasi sama untuk menjalankan perniagaan.
       says.com
      • 99daImage via Selangor Kini
        Azmin Ali menyerahkan borang permohonan lesen penjaja kepada Siti Hajjar.
  • Dan dua hari lepas, Siti Hajjar telah pun menghantar borang permohonan lesen penjaja kepada MBSA

    • "Alhamdulillah saya dah hantar borang permohonan lesen penjaja sementara pagi tadi. InsyaAllah akan dapat lesen tak lama lagi. Terima Kasih."
       says.com
  • Seperti yang dijangka, wajah Siti Hajjar yang ayu ini telah memikat hati ramai jejaka. Maklumlah, muka cantik dan pandai berniaga pula, lelaki mana yang tak mahu dekat, bukan?

  • Namun begitu, tanpa berselindung beliau mengakui sudah mempunyai kekasih hati. Tambah beliau lagi, mereka berdua merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun depan.

    • “Ada sahaja yang tanya mengenai status saya tetapi saya cakap dah berpunya. Nak berkawan itu boleh tapi saya tak mahu lebih dari itu.

      “Sama juga dengan panggilan telefon, kalau benda penting baru telefon. Ada saja orang telefon cakap nak berkenalan tetapi saya tetap tidak akan pilih yang lain,” katanya.
       says.com
  • Menurut Siti Hajjar, mereka berdua telah menjalin hubungan cinta sejak 6 tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi Kedah

    • Katanya, 'Nasi Lemak Anak Dara' yang semakin popular membuatkan kekasihnya itu bimbang yang dia akan berubah hati memilih lelaki lain.
       says.com
    • “Dia sebenarnya risau juga sebab kami sudah lama kenal. Dia kata kalau boleh janganlah kenal sesiapa. Saya cakap tidaklah; tidak kenal siapa-siapa pun.

      “Ada saja orang tanya, ‘tidak mahukah tinggalkan yang lama?’ Saya kata, ‘tidak mungkin sudah terkenal dan senang, hendak tinggalkan yang lama?’

      “Dia yang mula-mula beri modal berniaga RM500. Dia tanya, ‘nak buat betul-betul atau tak? Kalau tak serius, tak payah’,” katanya, menceritakan saat-saat awal tercetus usaha tersebut.

      Kekasih hatinya itulah juga membantu menurunkan barang niaga dari tingkat lima pangsapuri di Seksyen 7 setiap hari.
       themalaymailonline.com
  • Tengok video jelah yang mampu bro...

  • Jadi, abam-abam kat luar sana jangan mengeluh jangan menangis ya. Bunga bukan sekuntum. :P

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung