Nuffnang

Thursday, November 24, 2016

Dahsyatt..Mayat Kanak-Kanak Mangsa Dera Ditemukan Dalam Tong




  
SUNGAI PETANI: Aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu dekat sini, awal Khamis, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong yang berada di dalam bilik di rumah terbabit.
"Polis menerima aduan menerusi panggilan telefon pada 1.25 pagi tadi memaklumkan mengenai berlakunya pergaduhan di flat berkenaan dan tiba di lokasi, seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia empat tahun dipukul teman lelakinya.
"Kanak-kanak perempuan terbabit yang mengalami cedera parah, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan," katanya menerusi kenyataan di sini.
Katanya ibu mangsa turut memaklumkan bahawa seorang lagi anak lelakinya berusia dua tahun turut dipukul sehingga mati oleh individu sama dan meninggal dunia sejak 9 Nov lalu.
Md Zukir berkata pemeriksaan lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki dibalut dengan toto dan disorokkan di dalam tong..
"Siasatan awal mendapati ibu mangsa dan teman lelakinya mendera mangsa dan si mati.
"Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah amphetamine," katanya.
Susulan itu polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan ibu mangsa berusia 26 tahun di flat terbabit pada 6 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Kes disiasat berasingan iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendera.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung