"GOL Faiz Subri terbaik. Hello dari Costa Rica," kata Francisco.
Begitu komen-komen pelayar laman sosial, Facebook dan laman video, YouTube apabila menonton aksi gol 'ajaib' yang dilakukan oleh Mohd Faiz Subri.
Ada juga membandingkan gol Faiz tersebut dengan 'gol gila' yang dilakukan oleh Roberto Carlos pada 1998.
"Roberto Carlos buat gol gila pertama pada 1998. Ini gol kedua gila. Tunggu 18 tahun baru dapat lihat ini (gol Faiz)," tulis Bobo.
Tinjauan Sinar Online mendapati pelayar dari Malaysia sangat gembira apabila gol milik Faiz dicalonkan gol terbaik, sebaris dengan pemain antarabangsa, Lionel Messi dan Neymar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jaringan Mohd Faiz tersenarai 10 terbaik oleh Fifa]
Selain itu, terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan Faiz kini mendahului jauh calon-calon gol cantik yang lain.
Faiz menjaringkan gol berkenaan melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari lepas.