HIROSHIMA - JEPUN. Kebiasaanya, ramai yang menjadikan kucing, anjing sebagai haiwan peliharaan,
 namun berbeza dengan seorang lelaki Jepun yang memelihara seekor buaya.
Nobumitsu Murabayashi, 65, memelihara seekor buaya yang kini bersaiz 6 kaki dan mempunyai berat
 48kg, malah ia dilayan seperti haiwan peliharan yang lain seperti membawanya berjalan-jalan.
Haiwan itu tinggal bersama isterinya di kediaman mereka di Kure City malah dibiarkan berkeliaran bebas
 di rumah mereka.
Haiwan tersebut dibelinya di festival haiwan eksotik 34 tahun lalu.
"Saya tidak menyangka ia akan membesar seperti ini. Sudah 34 tahun saya menjaganya. Saya
cuba berkomunikasi dengannya melalui tindakan seperti memberus gigi dan sebagainya," katanya
 dipetik MailOnline.
Nobumitsu mengakui isterinya bagaimanapun tidak menyukai 'temannya' itu.
"Setiap hari isteri naik bosan dengan saya kerana lebih menghabiskan masa dengan haiwan itu,"
ujarnya lagi.
Buaya itu turut mempunyai tab mandi serta bilik sendiri.
Jangka hayat aligator ini adalah 50-70 tahun dan Murayabashi berharap umurnya masih panjang
untuk menjaga haiwan kesayangannya itu.