Nuffnang

Thursday, November 10, 2016

Kemenangan mengejut Trump di beberapa negeri gegarkan pasaran saham, matawang dunia



Kemenangan mengejut Trump di beberapa negeri gegarkan pasaran saham, matawang dunia
Dengan para pelabur bimbang kemenangan Trump akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan dunia, matawang dolar turut menjunam. - Foto REUTERS/Mike Segar
CALON presiden Amerika 
Syarikat dari Parti Republikan,
 Donald Trump mencatatkan 
sejumlah kemenangan mengejut
 di beberapa negeri termasuk
Florida dan Ohio, 
sekali gus membuka ruang 
untuk dia selangkah lagi ke 
White House.

Perkembangan terbaharu itu
 turut menggegarkan bursa 
saham dunia pada Selasa 
yang sebelum ini mahukan
 calon presiden dari Parti 
Demokrat, Hillary Clinton 
untuk menang bagi memulihkan pasaran.

Dengan para pelabur bimbang kemenangan Trump akan  menyebabkan 
ketidakstabilan ekonomi dan dunia, matawang dolar turut menjunam dan 
bursa-bursa saham Asia mula menunjukkan penurunan ketika diniagakan
 pagi ini.

LAPOR LANGSUNG: Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat

Pungutan suara sebelum rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi 
semalam memihak kepada Clinton dengan majoriti tipis.

Turut jatuh, matawang Peso Mexico yang menunjukkan paras terendah 
serentak dengan petunjuk awal yang Trump akan memenangi persaingan  
kerusi presiden AS.

Ia juga dipengaruhi pendirian Trump ketika berkempen yang berkata akan
 menamatkan perjanjian perdagangan dengan Mexico dan mahukan kerajaan
 Mexico membina tembok sempadan menggunakan wang cukai pekerja
imigran  negara itu yang bekerja di AS.
Trump sehingga kini menang di Florida, Ohio, Iowa dan North Carolina dan 
turut dijangka menang di Wisconsin.

Kedua-dua calon presiden memerlukan 270 undi daerah memilih atau 
Electoral College untuk menghuni Rumah Putih.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung