Nuffnang

Monday, December 5, 2016

Ha Tu dia.. Dyana Sofya jawab kehilangannya


Dyana Sofya
Dyana Sofya
SHAH ALAM - Kehilangan bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya
Mohd Daud terjawab apabila beliau menjelaskan episod kehilangannya itu dari arena
politik seketika.Menurutnya, beliau baru sahaja tamat menyambung pelajaran di kota
London membuatkan dia menyepi seketika dari dunia politik.
"Saya baru sahaja pulang dari melanjutkan pelajaran di London, kini saya kembali untuk
berkhidmat pada parti saya.
"Saya juga akan berkhidmat semula sebagai peguam pada awal tahun hadapan," katanya
ketika ditemui di Konvensyen DAP di sini,  hari ini.
Mengenai persiapan beliau menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 kelak, dia
kini sedang fokus untuk mengambil hatianak muda.
"Sekarang saya sedang fokus untuk menarik anak muda untuk mengambil bahagian
dalam politik."Undi anak muda sangat penting kerana mereka ini bilangannya ramai
dan juga menjadi tonggak negara, sememangnya kini saya bekerja keras untuk PRU nanti,"
katanya lagi.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung