Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, December 5, 2016

Huhu Dahsyattt!!! Seorang Lelaki Dipukul 47 Kali ,l Kerana Hina Mendiang 'Datuk'






  
GEORGE TOWN: Seorang lelaki dengan badannya bertatu dilihat disebat berulang kali menerusi satu video yang menjadi viral di media sosial.
Mangsa bagaimanapun diselamatkan pihak polis, manakala individu yang memukulnya ditahan.
Dipercayai lokasi kejadian berlaku di rumah pengurusan mayat pada Jumaat malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah berkata, siasatan awal mendedahkan mangsa disebat kerana menghina mendiang bergelar 'Datuk' di Facebook.
"Mangsa dibawa oleh pengikut 'Datuk' ke rumah pengurusan mayat sebelum disebat. Susulan maklumat orang awam, polis tiba di tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan.
"Polis kemudiannya menahan lelaki yang memukulnya," kata Zainol ketika dihubungi pada Sabtu.
Menerusi klip video berdurasi 1.40 minit itu, lelaki itu dilihat disebat sebanyak 47 kali menggunakan hos paip.
Mangsa turut ditendang sekali di bahagian dada.
Di dalam video berkenaan, lelaki tersebut dipukul berulang kali selepas menjawab "ya" ketika ditanya dalam bahasa Hokkien sama ada dia mengenali 'Datuk'.
Dia diarahkan untuk tidak berdiri semasa disebat. Bagaimanapun kedengaran mangsa merayu agar tidak disebat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis sedang menyiasat kes berkenaan.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung