Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, January 31, 2017

Perghhh !!! Dari pemandu bas kilang bergelar jutawan

Dari pemandu bas kilang bergelar jutawan
BAGI seorang wanita, tahun 2009 boleh dikatakan sebagai zaman kejatuhannya dan tahun itu tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.
Tidak mudah untuk Ernayanee Nur Julaimi mengharungi kehidupan sedemikian.
Beliau terpaksa lari daripada keluarga. Tinggal sendirian di Bangi dek kerana hutang keliling pinggang.
Ketika itu tiada siapa mengetahui kesusahannya termasuk rakan rumah sewa yang baharu dikenalinya.
Bagi meneruskan kehidupan, Ernayanee terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk melangsaikan semua hutangnya.
“Orang tidak tahu saya susah. Saya kerja bawa bas kilang di Kuala Lumpur. Saya juga menjadi penyanyi dangdut. Tapi bukan artis. Saya nyanyi bersama kugiran di majlis perkahwinan,” katanya.
Bercerita mengapa hutangnya keliling pinggang, Ernayanee menjelaskan semuanya kerana minatnya terhadap perniagaan online.
“Saya bermula pada 2006. Saya jual pelbagai barang. Saya gunakan semua duit yang ada untuk membeli barangan.
“Bagaimanapun, kesilapan saya hanya satu. Saya tidak tahu bagaimana untuk melakukan pemasaran. Sebab itu pada tahun 2009 saya tersungkur,” katanya.
Bagaimanapun katanya, kejatuhan itu sedikitpun tidak mematahkan minat mendalamnya terhadap bidang perniagaan.
Ernayanee menjelaskan, setahun selepas itu,  dia kembali bangkit dan mendalami ilmu perniagaan online daripada beberapa individu ternama seperti Sifu Jamal.
Sehinggalah pada tahun 2013, Ernayanee mengambil keputusan untuk memberi fokus terhadap perniagaan minyak wangi.
Selang dua tahun, pada Mac 2015, Ernayanee mencipta kejayaan sendiri dengan menghasilkan produk minyak wangi sendiri yang dikenali De’Xandra.
“Selama dua tahun meniaga minyak wangi, saya dapat membaca apa yang pengguna mahukan. Ada lima faktor iaitu murah, tahan lama, original, senang dibawa dan mesra solat.
“Atas faktor itu, saya mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri, De’Xandra,” katanya yang menjelaskan syarikatnya merekodkan jualan bulanan sebanyak 400,000 botol tahun lalu.
Ernayanee berkata, pada usia 31 tahun ini, beliau bersyukur kerana apa yang diusahakan selama ini membuahkan hasil.
“Bayangkan kalau saya berputus asa. Mesti saya tidak dapat apa yang saya rasai hari ini,” katanya yang menyasarkan jualan sebanyak sejuta botol sebulan untuk tahun ini.
Sementara itu, ibu kepada seorang anak itu menjelaskan, beliau sedang berusaha untuk memasuki pasaran Indonesia, Vietnam, Singapura, Brunei, Perancis dan Jepun.
“Saya mempunyai visi tersendiri iaitu untuk menjadi yang pertama di dunia. Saya percaya ia akan tercapai kerana saya diperkuatkan dengan bantuan daripada ahli keluarga yang kini bersama-sama saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ernayanee turut menasihati kepada mana-mana individu yang mahu menjalankan perniagaan online supaya mencari ilmu secukupnya dan tidak mudah berputus asa.
“Banyak cabaran dalam dunia perniagaan online ini. Gunakan sepenuhnya manfaat FB kerana ia memberi kebaikan kepada semua. Dalam bisnes, modal tidak penting tetapi strategik lebih penting,” katanya.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung