ersebut mengharamkan pemakaian baju tidur ke situ setelah menunjukkan bukti gambar
dua orang wanita berpakaian sedemikian.
Chris Cooke menulis satu aduan di Facebook Tesco mendakwa ia kelihatan menjijikkan
apabila melihat wanita tersebut berpakaian tidur berwarna merah jambu dan hanya berselipar.
“Kepada pihak Tesco, sila letakkan peraturan khusus bahawa orang sebegini tidak akan
dilayan di pasar raya anda.
“Takkanlah mereka tidak mempunyai masa untuk menukar baju sewaktu ingin keluar
daripada rumah sendiri?” tulisnya.
Wakil pasar raya tersebut segera membalas aduan Cooke dengan segera mendakwa
situasi ini sudah banyak kali dihadapi mereka.
“Ramai pelanggan memberitahu mereka kurang selesa dengan pakaian yang ‘tidak sesuai’
di pasar raya ini dan kami sedang cuba untuk perbaiki keadaan ini.
“Walaupun kami tidak mempunyai kod pakaian rasmi di pasar raya ini namun kami
mengharapkan kepada pihak pengurusan untuk menggunakan budi bicara mereka,” balasnya.
Pada tahun 2010. Tesco Cardiff telah melarang pemakaian baju tidur ke pasar raya mereka
setelah ramai pelanggan mengadu kurang selesa.
Papan tanda telah diletakkan di tetingkap pasar raya tersebut meminta agar pelanggan
menghormati kod etika pemakaian ketika berada di dalam premis itu
No comments:
Post a Comment