Nuffnang

Tuesday, March 28, 2017

Perghh Dahsyatt !!! 16 kenderaan rosak, mencair di tempat parkir

16 kenderaan rosak, mencair di tempat parkir
Kenderaan yang terkena api dipercayai berpunca daripada bahan kimia.
Kenderaan yang terkena api dipercayai berpunca daripada bahan kimia.
AYER KEROH - Sebanyak 16 kenderaan rosak selepas terkena api dipercayai berpunca daripada bahan kimia  yang terdapat di dalam longkang di luar kawasan sebuah kilang plastik di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang kesemua kenderaan itu mencair dari bahagian bawah selepas terkena api di dalam longkang yang mengandungi cecair dipercayai jenis solvent.
Difahamkan, cecair bersifat peluntur itu adalah  lebihan limpahan dari tangki simpanan bahan kimia di bawah tanah milik kilang terbabit yang kemudian mengalir ke dalam longkang sepanjang 61 meter.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Hadzar Hasan berkata, dianggarkan kira-kira lebih 2,000 liter bahan kimia itu yang mengalir dalam longkang sebelum dipercayai terbakar.
"Satu jentera dari Balai Bomba Ayer Keroh dan  sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) terdiri daripasa 20 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 1.41 petang.
"Sebaik sahaja sampai, pasukan keselamatan kebakaran terdiri daripada staf kilang tersebut telah memadamkan api yang merebak di dalam longkang sepanjang 200 kaki di hadapan kilang terbabit," katanya.
Menurutnya, akibat kejadian sebanyak 16 kenderaan staf  diparkir berdekatan longkang itu terbakar lima hingga 50 peratus dan tidak sempat dialihkan bagaimanapun bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk melakukan kerja-kerja pembersihan
"Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa mahupun menjejaskan bangunan kilang dan pengurusan kilang bertindak cekap dan mengambil langkah awal dengan mengarahkan semua staf mengosongkan premis sewaktu kejadian.
"Setakat ini anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan forensik bomba," katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung