Nuffnang

Friday, March 3, 2017

Perghhh Dahsyatt !!! Tak malu mengaku sudah bersetubuh!


Tak malu mengaku sudah bersetubuh!
Tak malu mengaku sudah bersetubuh!
Pasangan yang ditahan dalam keadaan mengaibkan sedang disoal siasat selepas bilik hotel disewa mereka diserbu, Selasa lalu.
KUALA TERENGGANU - Seorang janda anak dua bukan sahaja mengaku menempah hotel semata-mata untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya, tetapi tanpa segan silu mengaku sudah pun melakukan hubungan seks sebelum bilik berkenaan diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Selasa lalu.
Dalam serbuan di sebuah hotel di bandar raya ini, kira-kira jam 1.20 petang, wanita berusia 38 tahun memaklumkan sudah mengenali kekasihnya yang juga seorang warga asing, 24, selama enam bulan kerana mereka bekerja di tempat sama.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, hasil siasatan wanita itu mendakwa datang dari Ajil, Hulu Terengganu ke bandar raya ini bersama kekasihnya dengan ditemani kawan sekerjanya yang lain.
Beliau berkata, wanita itu mendakwa sebaik selesai makan dan minum bersama rakan sekerjanya itu, lelaki tersebut mengajaknya menginap di hotel berkenaan.
“Dia mengaku tujuan mereka ke hotel adalah semata-mata untuk melampiaskan nafsu selepas bercerai dengan suaminya sejak lima tahun lalu.
“Hasil soal siasat, wanita tersebut mengaku sudah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya itu sebelum bilik berkenaan diserbu penguatkuasa syariah daerah,” katanya.
Pasangan itu seterusnya dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung