Nuffnang

Thursday, March 9, 2017

Perghhh !!! Ketua Pemuda, rakan wanita direman 3 hari

Ketua Pemuda, rakan wanita direman 3 hari
Kedua-dua suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas dibenarkan tahanan 
reman selama tiga hari.
JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret, di sini, hari ini membenarkan tahanan reman
 selama tiga hari terhadap seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di negeri ini bersama
rakan wanitanya untuk membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah
Mampu Milik Johor (RMMJ).
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan kedua-dua suspek yang berumur
41 hingga 43 tahun ditahan reman bermula hari ini sehingga Jumaat ini.
Ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Lelaki bersama peniaga wanita berkenaan tiba di pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira
jam 3 petang dengan berpakaian lokap berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.
Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar
 Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan.
Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan
 empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.
Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa mendapati namanya tidak terdapat
dalam rekod permohonan selepas membuat semakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung