Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, April 3, 2017

Perghhh !!! HUHU Hajat nak kencing terbantut sebab kena rakam


Insiden tersebut yang tular di facebook.
Insiden tersebut yang tular di facebook.
BAHAU - Hajat seorang wanita untuk membuang air kecil terbantut selepas seorang lelaki dikesan membuat rakaman ketika berada dalam tandas wanita dekat sebuah pasar raya di Bahau tengahari tadi.
Kejadian sekitar jam 12.45 tengahari, wanita berusia 21 tahun itu menyedari seperti ada cahaya dari bahagian bawah tandas sebelahnya seperti flash kamera.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang curiga dengan keadaan itu cuba melihatnya dengan teliti kemudian ternampak tangan yang sedang memegang telefon.
"Mangsa terkejut apabila aksinya didalam tandas dirakam (video). Berang dengan keadaan itu mangsa bertindak mengetuk pintu tandas tersebut, namun tiada respon.
"Seterusnya, mangsa menendang pintu tandas itu yang mana seorang lelaki berada didalamnya yang sedang memegang telefon bimbit," katanya selepas mengesahkan laporan hari ini.
Noorzainy berkata, tanpa lengah mangsa merampas telefon tersebut lalu meluru keluar dengan menjerit meminta tolong. Suspek kemudiannya ditangkap oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.
"Suspek berusia 33 tahun merupakan pemandu lori selepas diperiksa dia positif dadah jenis Methapitamine.
"Suspek sudah berkahwin dan siasatan lanjut mengenai kes ini masih diteruskan dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / 511 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, insiden ini turut menjadi tular di laman Facebook yang dimuat naik oleh seorang pelayar.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung