Nuffnang

Monday, April 24, 2017

Perghhh !!! Sanggup Guna Ahli Sihir Tamat Kemarau Trofi


ZULEMA melakukan upacara pembersihan untuk menamatkan kemarau trofi pasukan Cruz Azul. -Sumber Mirror
  (Ubah saiz teks)
SEKUMPULAN penyokong kelab bola sepak di Mexico sanggup mendapatkan khidmat 'ahli sihir' untuk 'membersihkan' badi dan pasukan mereka yang gagal memenangi sebarang piala sejak 20 tahun lalu.
Dikenali sebagai Zulema, ahli sihir itu dibawa ke stadium pasukan Cruz Azul di bandar Tula de Allende untuk melakukan upacara pembersihan tersebut pada minggu lalu.
Menurut laporan portal Mirror, wanita itu amat dikenali kerana kehebatan dalam dunia sihir dan mendapat perhatian peminat kelab terbabit bagi menamatkan kemarau trofi.
Kelab terbabit tidak memenangi gelaran liga sejak 1997 dan tidak bermain di Liguilla selama tiga tahun.
Kini dengan khidmat ahli sihir tersebut, penyokong berharap badi pasukan itu dapat ditamatkan.
"Saya tidak meminta bayaran untuk perkhidmatan ini. Saya hanya mahu membuktikan ahli sihir benar-benar wujud," kata Zulema.
Dia menggunakan pokok, air, lilin berwarna hitam dan putih, kepala lembu dan babi serta beberapa barangan lain dalam upacara berkenaan.
Selepas upacara itu berakhir Zulema menjelaskan bahawa stadium itu telah disumpah pada 1997.
"Saya telah membersihkan sumpahan itu dan membuatkan pasukan itu menang sekurang-kurangnya pada perlawanan selepas ini.
"Malah jika pasukan ini menang, saya akan melakukan upacara pembersihan untuk pemain," katanya.
Ternyata ramalan ahli sihir itu tepat apabila Cruz Azul berjaya menewaskan kelab Giadalajara 2-2 dalam aksi Liga Mexico.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung