Nuffnang

Tuesday, April 25, 2017

Perghhh Kes Hina Bapa Watson Nyambek: Polis Akan Panggil Hos TV




Hina Bapa Watson Nyambek: Polis Akan Panggil Hos TV


Ammar sewaktu mengendalikan program TV pada malam Sabtu lalu.


MIRI: Polis akan memanggil seorang penyampai TV bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek dalam satu program yang dikendalikannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, bekas jaguh pecut negara itu membuat satu laporan polis dan kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
"Kita telah meneliti rakaman program TV tersebut.
"Kita juga telah menerima laporan polis daripada Watson Nyambek di Miri pada Isnin.
"Kita mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan untuk mencetuskan gangguan.
"Kita akan panggil penyampai TV dan penerbit program berkenaan untuk disoal siasat," katanya kepada The Star pada Isnin.
Dev berkata, jika disabitkan bersalah, hukumannya adalah penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menerusi program ulangan yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Azizul Ammar Abu Hassan atau Ammar mempersendakan nama mendiang bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung