Nuffnang

Wednesday, June 21, 2017

Baru Ada Akal : 7 dihukum kes rogol beramai-ramai di Ketereh


7 dihukum kes rogol beramai-ramai di Ketereh
Kesemua tertuduh dikawal polis keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan.
 
KOTA BHARU – Kelakuan kejam tujuh lelaki merogol dua remaja perempuan secara beramai-ramai di Ketereh tiga tahun lalu dibalas dengan hukuman penjara antara 18 dan 22 tahun serta enam dan 16 sebatan di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.
Mereka ialah, Muhmed Azroel Hassan, 26; Che Azuan Che Hasan, 35; Muhamad Adib Che Harun, 20; tertuduh keempat seorang remaja berusia 17 tahun 9 bulan; Eris Che Azmi, 21; Che Muhamad Farhan Isyrif Che Mat, 21, dan Mohamad Faiz Azahan, 25.
Muhmed Azroel, Che Azuan dan Mohamad Faiz didakwa dengan dua pertuduhan merogol dua mangsa yang ketika itu berusia 17 dan 15 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di sini, antara jam 7.30 dan 11 malam, 20 Mei 2014.
Pesalah juvenil itu serta Eris Che dan Che Muhamad Farhan Isyrif pula masing-masing didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun, manakala Muhamad Adib didakwa merogol seorang lagi mangsa berusia 15 tahun pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.
Muhmed Azroel; Che Azuan dan Mohamad Faiz masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun dengan 16 sebatan, manakala Muhamad Adib dan remaja bawah umur tersebut pula masing-masing dihukum penjara 18 tahun dan enam sebatan.
Dua lagi tertuduh, Eris dan Che Muhamad Farhan masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dengan lapan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri; Mohd Zubairi Salleh; Nik Nazhriq Nik Nazman; Ahmad Nizam Mohamed; Mohd Firdaus Mohd Yusoff; Mohd Faizal Hazim Abd Rahman dan Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung