Nuffnang

Saturday, June 10, 2017

Perghh !!! Awas, Jangan Duduk Mengangkang!

Awas, Jangan Duduk Mengangkang!


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/06/09/15/31/larangan%20kangkang.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
MADRID: Ibu negara Sepanyol di sini mengambil langkah drastik melarang golongan lelaki duduk terkakang ketika berada di dalam bas atau kereta api, gejala yang dianggap kurang sopan.
Syarikat Pengangkutan Malis Perbandaran (EMT) Madrid merancang untuk memasang papan tanda di dalam semua kenderaan pengangkutan awam dengan berharap gejalan itu dapat dikekang.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, arahan itu melarang individu terlibat daripada duduk dengan keadaan yang boleh mengganggu orang lain.
"Larangan ini mengingatkan pengguna pengangkutan awam supaya mengekalkan tanggungjawab sivik dan menghormati hak orang lain," jelas kenytaan itu.
Papan tanda baharu itu meunjukkan lakaran seorang lelaki yang duduk terkangkang di dalam sebuah pengangkutan awam dengan tanda X di tepinya sebagai menunjukkan tindakan tersebut tidak diterima.
Langkah berkenaan diluluskan selepas golongan wanita di Madrid berkempun mahu gejala tersebut dikekang.
Mereka turut melancarkan petisyen yang digelar sebagai #MadridSinManSpreading (Madrid Tanpa Lelaki Duduk Berkangkang) pada awal tahun ini.
Slogan itu tersebar meluas dalam media sosial dan diserahkan kepada Datuk Bandar Madrid untuk tindakan lanjut.
Madrid mengikut jejak langkah bandar New York satu daripada bandar pertama yang melarang gejala duduk mengangkang dalam kenderaan awam pada 2014. - Independent

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung