Nuffnang

Saturday, June 24, 2017

Perghh..dahsyattt Wak Doyok: Memang Harga Butang RM33,000


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/06/23/17/06/butang%20wak%201.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Inilah butang baju Melayu yang bernilai RM33,000 dipakai Wak Doyok. - Twitter/Wak_Doyok
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Kalau sudah namanya ikon fesyen, setiap aksesori yang digayakan pasti menjadi tumpuan netizen.
Terkini, tular di Twitter dan Facebook tentang harga butang baju Melayu Wak Doyok yang bernilai RM33,000 satu set.
Bukan itu sahaja, usahawan terkenal itu itu juga mendedahkan bahawa harga samping yang dipakainya pula berharga antara RM10,000 hingga RM40,000 sepasang kerana ia buatan tenun Terengganu.
Wak Doyok ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat berkata, beliau mengesahkan harga butang itu betul seperti yang ditulisnya di Twitter pada Isnin.
Wak Doyok memakai butang yang bertatahkan berlian itu dan dipadankan dengan sepersalinan baju Melayu berwarna krim.
"Saya bukan nak menunjuk-nunjuk. Tetapi ramai yang bertanyakan di mana saya membeli butang baju Melayu dan berapa harganya.
"Jadi saya kongsilah katalog butang baju Melayu itu di Twitter, tak sangka pula ramai yang berikan reaksi.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/06/23/butang-baju-wak-doyok/~/media/bf3aa823a92341008bb5c0e4b4c84e8d.ashx?la=en

Katalog harga butang baju Melayu yang dibeli oleh Wak Doyok. - Twitter/Wak_Doyok
"Memang kalau tengok harga, orang kata harga "meninggal", tapi kalau kita ada duit lebih apa salahnya untuk beli kan?," katanya sambil berseloroh.
Seorang peminatnya, Iqbal Azhr membalas: "Ada butang baju yang dah boleh keluar sebiji Axia dah Wak."
Manakala Nazrul Azizi pula berkata:"Aku tak kisah sangat harga butang tu Wak. Nanti kau cakap, dah tua pun bodoh. Tapi Wak, harga sampin kau berapa Wak?"
Wak Doyok tanpa berselindung mendedahkan harga samping itu mencecah RM40,000 sepasang.
Kemudian, Nazrul Azizi itu memuji Wak Doyok dengan menyatakan bahawa:"Ini baru samping, Wak."
Bagi pengacara televisyen itu, memang sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab soalan berkaitan harga pakaian atau aksesori yang digayakannya memandangkan beliau seorang usahawan pakaian.
"Aksesori untuk golongan lelaki ni tak banyak, jadi kalau nak pakai baju Melayu tu biarlah lengkap dengan butang dan samping. Barulah nampak menarik.
"Saya kurang gemar pakai jubah atau pun kurta kerana itu bukan identiti orang Melayu untuk sambut Syawal.
"Kalau kita boleh berhabis duit beli baju kasual yang lain, kenapa tidak untuk baju Melayu. Masih boleh pakai untuk hadiri majlis rasmi lain, bukannya membazir pun.
Dalam pada itu, Wak Doyok tidak beranggapan bahawa pendedahannya itu akan mengancam keselamatannya kerana beliau hanya memakai butang tersebut sekali-sekala.
Kini, ikon fesyen itu sudah mempunyai dua set butang baju Melayu yang dijadikan koleksi peribadinya.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/06/23/butang-baju-wak-doyok/~/media/ca4eea09feb14d88a083fe0e3da62de0.ashx?la=en

Wak Doyok dalam persalinan Baju Melayu Modern Asli Wak Doyok rekaan @rijalandco. - Instagram/ Wak Doyok
Dalam perkembangan lain, selebriti itu bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri  bersama kedua ibu bapanya di banglo baharu yang dibinanya di Klang.
Wak Doyok juga teruja untuk melihat reaksi peminat terhadap lakonan filem sulungnya, Abang Long Fadil 2 yang akan disiarkan pada 24 Ogos nanti.
Dalam filem tersebut, Wak Doyok memegang watak sebagai dirinya yang merupakan seorang gangster dan terlibat dalam beberapa aksi lasak.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung