Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, August 10, 2017

Perghhh !!! Dahsyat !! Bapa Kandung Hadapi Tuduhan Meliwat Anak 150 kali ...Gila Pa Ka ni


Tidak Cukup Masa Teliti 599 Tuduhan Liwat, Mahkamah Ditangguhkan


Mangsa dirogol sejak berusia 13 tahun. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang ejen unit amanah mengaku tidak bersalah di atas 150 tuduhan meliwat anak perempuannya dan Mahkamah Sesyen terpaksa menangguhkan kes itu kepada Khamis kerana suspek memiliki sejumlah 599 salah laku seksual terhadap mangsa sejak dia berusia 13 tahun.
Selain tuduhan meliwat, duda yang berusia 36 tahun itu juga didakwa merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun itu dan 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan.
Agen unit amanah tersebut juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut selepas dibacakan kepadanya pada Rabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali yang merupakan hakim di mahkamah khusus untuk perbicaraan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, terpaksa menangguhkan perbicaraan itu kerana masa tidak mencukupi untuk membaca baki tuduhan meliwat kepada suspek.
Sebanyak 150 pertuduhan liwat itu yang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan didakwa dilakukan sebanyak tiga kali sehari dalam bilik utama sebuah pangsapuri di Sungai Way, Petaling Jaya dari Januari hingga Mac tahun ini.
Suspek yang juga mempunyai dua lagi anak perempuan turut mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan merogol yang disiasat di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan.
Manakala bagi 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan itu pula disiasat di bawah Seksyen 14 Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Suspek yang tidak diwakili peguam tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dan dibawa masuk pada pukul 9 pagi.
Bagaimanapun, semua pertuduhan dibaca dihadapan suspek pada pukul 2.50 petang.

Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung