Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, August 11, 2017

Perghhh !!! Dahsyatt !!! Bapa Didakwa liwat anak tiga kali sehari

Didakwa liwat anak tiga kali sehari


Tidak liwat anak kecuali tiga hari sebelum Ramadan
Tertuduh (kiri) diiringi polis ke mahkamah hari ini. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA - Tiga kali setiap hari kecuali dua hari sebelum dan hari pertama ramadan, seorang agen unit amanah didakwa melakukan liwat terhadap anaknya berusia 15 tahun, sejak Januari lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu bermula 1 Januari sehingga 20 Julai lepas di bilik utama rumahnya di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.
Bapa kepada tiga anak perempuan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas keseluruhan 594 pertuduhan liwat yang dikemukakan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 444 pertuduhan dibacakan hari ini selama empat jam bermula 9.10 pagi.

150 pertuduhan telah dikemukan pada prosiding semalam.
Bagi kesalahan liwat, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Selain liwat, dia juga menghadapi 30 pertuduhan amang seksual fizikal, sumbang mahram dan penganiayaan seksual terhadap mangsa sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin dan Nordalina Ali di hadapan Hakim, Yong Zarida Sazali.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung