Nuffnang

Wednesday, September 13, 2017

Perghh Dahsyatt !!! CEO Disyaki Cabul Jururawat


CEO Disyaki Cabul Jururawat


KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat terkemuka ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang jururawat berusia 19 tahun ketika menerima rawatan di wad sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor pada Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat berkata, lelaki bergelar datuk berusia 58 tahun itu ditahan di sekitar Subang Jaya tengah hari Selasa.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, suspek dikatakan mencabul mangsa dengan memegang punggung, payudara dan mencium pipi jururawat itu yang sedang menjalankan tugas,” katanya kepada Bernama.
Fadzil berkata suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung