Jiran mereka yang menemukan suami isteri itu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian dapur pada kira-kira 9.10 malam terus membuat laporan di pondok polis Sungai Asap.
Suami wanita itu yang berusia 36 tahun dipercayai mengelar leher isterinya dengan senjata tajam sebelum bertindak mengelar lehernya sendiri kerana mengesyaki mangsa mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Belaga, Asisten Superintendan Mohd Sani Junid yang mengesahkan kejadian, berkata polis yang tiba di tempat kejadian mendapati wanita itu, Melen Ading sudah tidak bernyawa manakala suaminya tidak sedarkan diri.
Mereka kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Asap yang terletak tiga kilometer dari rumah panjang itu sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.-Bernama
No comments:
Post a Comment