Nuffnang

Friday, February 2, 2018

Tediaa !!! Burung Merak Kempunan Naik Pesawat Ke Los Angeles

Burung Merak Kempunan Naik Pesawat Ke Los Angeles


SEORANG penumpang dihalang daripada membawa seekor burung merak ke dalam pesawat United Airlines baru-baru ini.
Dia menawarkan untuk membeli tiket penerbangan untuk burung itu, menurut blog percutian, Live and Let Fly.
Syarikat penerbangan itu enggan membenarkan burung tersebut menaiki pesawat di lapangan terbang Newark di New Jersey, Amerika Syarikat kerana ia tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan berikutan berat dan saiz haiwan itu.
Kata United, perkara itu sudah dijelaskan kepada para penumpang sebelum tiba di Newark.
Gambar burung merak itu dan pemiliknya yang cuba terbang ke Los Angeles tersebar menerusi program bual bicara pengembaraan, The Jet Set.
Gambar itu menunjukkan burung tersebut bertenggek di atas troli bagasi dan penumpang-penumpang lain terpegun melihatnya.
Selepas enam jam berada di lapangan terbang, burung eksotik tersebut dan tuannya mengambil keputusan untuk memandu ke destinasi berkenaan.
Terdapat syarikat penerbangan yang membenarkan sesetengah penumpang yang mempunyai masalah emosi atau psikiatri untuk membawa haiwan terapi terbang bersama mereka.
Namun, jumlah haiwan sokongan emosi semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu sehingga ada yang berpendapat ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan terhadap sistem itu.
Pada 2014, seorang wanita diiringi keluar oleh penerbangan US Airways apabila babi peliharaannya, Hobie membuang najis sebelum kapal terbang berlepas. - BBC

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung